Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Subuh bersama jemaah.

Yang hadir sama Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman dan Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia ( Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah.

Majlis perasmian program itu akan disempurnakan oleh Tengku Abdullah psda pukul 9 ini di Hotel Grand Darulmakmur di sini.

Program Wacana Diraja: Raja Perlembagaan dan Patriotisme bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya anak muda berkaitan fungsi Perlembagaan dan peranan patriotisme serta kedaulatan institusi diraja.

Program berkonsepkan bual bicara bersama panel pakar akan melibatkan lebih 500 peserta terdiri daripada mahasiswa anak Pahang, pertubuhan belia dan profesional muda. - UTUSAN ONLINE