Pengarah (Pentadbiran) Peka, Syed Azemmant Ab. Hamid berkata, program khidmat sosial itu akan diadakan sempena cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Katanya, objektif utama program itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan penjagaan kesihatan di samping mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan antara kaum.

“Ini kerana daripada pemerhatian, kami dapati jumlah penderma darah jauh lebih tinggi di tempat-tempat awam berbanding yang datang ke Pusat Derma Darah di hospital.

“Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program itu adalah kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Azemmant berkata, sebagai menghargai sumbangan penderma, pihaknya turut menyediakan hadiah, cenderahati berserta sijil penyertaan. - UTUSAN ONLINE