Begitulah dihadapi oleh segelintir kakitangan Majlis Daerah Raub (MDR) yang menyer­tai Program 10,000 Langkah bermula di pekarangan pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sehingga ke Taman Tasik Raub di sini dengan jarak sejauh 3.5 kilometer.

Setiausaha MDR yang juga penyelaras aktiviti, Mohd. Pauzi Abu Hussaini berkata, seramai 150 kakitangan PBT itu menyertai program tersebut.

Katanya, program berkenaan bertujuan menyemai tabiat suka bersenam dalam kalangan ahli PBT di situ sekurang-kurangnya tiga kali seminggu termasuk hujung minggu.

“Aktiviti ini boleh membantu seseorang untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi serta mampu mengurangkan tekanan akibat masalah tertentu.

“Sebab itulah untuk jaminan kesihatan berterusan, kita galakkan aktiviti berjalan kaki merupakan senaman terbaik dan paling mudah bagi golo­ngan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian,” katanya selepas mengetuai Program 10,000 Langkah di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Pauzi, amalan berjalan kaki diibaratkan seperti melakukan beberapa senaman iaitu berbasikal, berenang dan beberapa aktiviti kecergasan lain.

“Senaman ini adalah mudah dan menjimatkan iaitu tanpa menggunakan peralatan kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira waktu,” katanya.

Beliau berkata, kakitangan MDR menyahut seruan pakar kesihatan, iaitu meneruskan aktiviti itu secara konsisten untuk mengekalkan berat badan ideal di samping dapat mengurangkan risiko penyakit ber­bahaya.