Senarai portfolio berkenaan diedarkan oleh Pejabat Menteri Besar kepada petugas media termasuk menerusi aplikasi WhatsApp semasa beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco buat kali pertama selepas pembentukan kembali kerajaan negeri di Cameron Highlands, dekat sini.

Wan Rosdy turut memegang empat jawatankuasa namun akan melepaskan dua daripadanya jika berlaku pelantikan dua Exco lagi memandangkan Perlembagaan negeri membenarkan 10 Exco dilantik.

Berikut adalah senarai portfolio Menteri Besar dan barisan Exco Pahang:

* Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Menteri Besar)

- Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli

- Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Ekonomi

- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli

- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Peladangan dan Bioteknologi

* Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin

- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

* Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

- Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga

* Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

- Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan

* Datuk Seri Norol Azali Sulaiman

- Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi

* Datuk Seri Mohd Johari Husin

- Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan


* Datuk Nazri Ngah

- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna

* Datuk Mohd. Fakharuddin Mohd. Arif

- Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia

* Abdul Rahim Muda

- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan

- UTUSAN ONLINE