Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tumpuan akan diberikan kepada sekolah terbabit untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi sekolah berkenaan dan berharap pentadbiran sekolah terlibat memberikan kerjasama kepada polis.

“Saya meminta pihak sekolah tidak menyembunyikan kegiatan gangsterisme supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mencegah keadaan menjadi lebih buruk,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE