Shafik Fauzan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, perkara itu sedang dibincangkan antara kerajaan negeri dan pihak berkaitan selepas menerima pelbagai rungutan daripada golo­ngan nelayan.

“Kita sedar masalah yang dihadapi nelayan tempatan, terutama ne­­layan tradisional dan ada antara kapal serta bot terbabit dalam aktiviti menangkap ikan laut dalam yang merosakkan bubu atau pukat hi­ngga menda­tangkan kerugian kepada go­longan nelayan pesisir pantai.

“Bagi memastikan ia tidak berlaku lebih kerap, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Agensi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan me­minta mereka melakukan rondaan serta pemantauan le­bih kerap di kawasan berisiko tinggi berlaku insiden seperti itu,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Sh. Mohamed Fuzi Sh. Ali (BN-Peramu Jaya) tentang langkah yang sudah dan sedang diambil kerajaan negeri bagi membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram sehingga mengakibatkan hasil tangkapan nelayan merosot.

Shafik Fauzan mengakui kerajaan negeri menyedari bahawa aktiviti penangkapan ikan secara haram dilakukan bot milik nela­yan tempatan yang menggunakan awak-awak warga asing.