Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan tiba ke sekolah berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi dengan diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun; ADUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali dan ADUN Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.


Dalam kunjungan itu, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan RM1.9 juta bagi membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, fasiliti dan asrama sekolah tersebut.


Beliau turut meluangkan masa bersarapan dengan pelajar dan guru sekolah berkenan.


Kesempatan itu dimanfaatkan oleh pelajar untuk berbual dengan pemimpin nombor satu negara berkenaan. - UTUSAN ONLINE