Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Raub, Abdul Mubin Ahmad berkata, arahan itu supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan pengguna dan pengunjung bazar Ra­madan tentang harga jualan.

“Kita membuat pemantauan berterusan terhadap peniaga bazar sepanjang Ramadan. Tidak ada pengecualian diberikan kepada golongan peniaga walaupun kebanyakannya hanya menjalankan aktiviti itu pada bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Abdul Mubin, sekiranya terdapat peniaga yang masih berdegil untuk berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Selain pemantauan di bazar Ramadan, pihaknya juga komited menjalankan pemeriksaan dan operasi bagi memastikan kawalan harga barang mentah berada pada tahap yang sewajarnya.

“Kami juga ingin memastikan peniaga tidak mengambil ke­sempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan sempena bulan Ramadan, ini” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua peniaga agar mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan tindakan dikenakan terma­suk didakwa di mahkamah.