Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemuda UMNO tumpu kesihatan rakyat

Mohd. SHAHAR ABDULLAH (tiga dari kanan) menziarahi seorang ahli
Mohd. SHAHAR ABDULLAH (tiga dari kanan) menziarahi seorang ahli Pemuda UMNO yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, semalam. utusan/ Mohd. Shofi Mat Isa

KUANTAN 13 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO negeri memberikan tumpuan terhadap aspek kesihatan rakyat yang merupakan antara elemen penting dalam struktur sosial masyarakat di negara ini.

Ketuanya, Mohd. Shahar Abdullah berkata, selain pendidikan, aspek kesihatan juga merupakan perkara penting yang perlu diberikan keutamaan.

“Sejak 71 tahun lalu, UMNO telah memberikan tumpuan de­ngan jayanya kepada aspek pendidikan dan hari ini ramai anak Melayu berjaya kerananya.

“Kita akan melancarkan pelan kesihatan atau program kesihatan untuk rakyat pada November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam program Ziarah Kasih Pemuda UMNO Paya Besar di Hospital Tengku Am­puan Afzan di sini, hari ini.

Dalam program itu, beliau menziarahi ahli Pemuda UMNO Felda Lepar Hilir 2, Hasbi Abu Bakar yang dimasukkan ke hospital berkenaan akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahar memberitahu, aspek kesihatan rakyat merupakan perkara baharu yang harus diberikan penekanan kepada perjuangan berterusan UMNO.

“Kesihatan merupakan aspek penting dalam struktur sosial masyarakat. Oleh sebab itu, anak-anak muda bersama UMNO perlu memberikan penekanan terhadap aspek ini.

“Kesihatan rakyat merupakan ruang baharu yang mana Pemuda UMNO negeri akan perjuangkan. Pemuda akan mencadangkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri, bagaimana pelan dan gerak kerja mengenai aspek kesihatan rakyat dapat dijayakan,” ujarnya.

Berhubung Ziarah Kasih itu, beliau menjelaskan, program ber­kenaan bukan sahaja dilaksanakan di kawasan Parlimen Paya Besar malah di seluruh negeri ini.

Ujarnya, program tersebut dimulakan sejak dua tahun lalu yang mana Pemuda UMNO mendekati anak muda dan keluarga mereka yang memerlukan bantuan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain