Ketua Polis Daerah, Assisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 3 petang memaklumkan penemuan mayat tersebut.

“Pemeriksaan ke atas mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an itu tidak menemukan sebarang pengenalan diri.

“Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE