Bajet surplus itu diperoleh selepas kutipan hasil tahun depan dianggarkan berjumlah RM700.64 juta berbanding bajet mengurus berjumlah RM700.04 juta.

“Walaupun tidak banyak, yang penting surplus. Saya ingin tegaskan tahun ini, Bajet Negeri 2018 adalah bajet surplus,” katanya ketika membentangkan bajet berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE