Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pahang kekal kadar zakat fitrah RM7

pahang-zakat
TIMBALAN Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan (kanan) menunjukkan resit sah bayaran zakat fitrah tahun ini melalui amil bertauliah dalam sidang akhbar di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUANTAN 19 Mei - Kadar zakat fitrah untuk negeri ini pada tahun ini sama seperti sebelum ini iaitu RM7.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga beras semasa.

“Muip melantik seramai 896 amil yang akan bertanggungjawab melaksanakan urusan tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.

“Umat Islam di negeri ini dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Muip,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain