Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, operasi yang dijalankan dibahagikan kepada empat sektor pencarian di kawasan perairan Sedili.

“Semua aset-aset terlibat diberi sektor masing-masing agar tidak ada kawasan yang tertinggal.

“Walaupun cuaca mendung dan kadangkala hujan di sektor-sektor pencarian, namun tidak menghalang operasi diteruskan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE