Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dalam operasi dari 30 Oktober hingga 2 November lalu itu, Jabatan Perhutanan juga merampas longgokan bahan mineral bernilai RM1.5 juta.

“Sebanyak 34 jentera dan mesin pelbagai jenis dan tiga buah lori turut dirampas dan disita di bawah Akta Perhutanan Negara.

“Operasi bersepadu ini akan diteruskan pada masa depan dan diperluaskan ke seluruh Pahang,” katanya pada Majlis Penutup Ops Lombong 3.0 di Kompartmen 71, Hutan Simpan Tersang di sini hari ini.

Yang hadir sama.Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Bandar dan Orang Asli negeri, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abd Razak dan Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Hizamri Mohd. Yasin. - UTUSAN ONLINE