Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, kumpulan itu akan membuat persembahan sempena keberangkatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke Program Wacana Diraja: Raja Perlembagaan dan Patriotisme.

Kata beliau, pihaknya memilih kumpulan berkenaan yang komited mempertahankan muzik tradisional Melayu kerana mahu masyarakat tempatan terlibat dalam program tersebut.

"Saya melihat kumpulan ini menyerlah dari segi komitmennya terhadap ciri-ciri tradisi budaya Pahang.

"Mereka melakukan semua ini secara sukarela dan usaha ini sewajarnya diberi sokongan," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan persembahan kumpulan berkenaan di Permatang Badak, di sini malam tadi.

Yang hadir sama Setiausaha Mubarak negeri, Datuk Zaiton Mat. - UTUSAN ONLINE