Pengetua Mtis, Zarimi Shub­rawi berkata, pada masa ini pihaknya berusaha membina asrama ber­kenaan secara berperingkat-pering­kat mengikut kemampuan dari semasa ke semasa.

“Pembinaan asrama ini me­­­­merlukan kos kira-kira RM190,000 dalam usaha kita untuk menerima lebih ramai pelajar dari semasa ke semasa.

“Jadi saya berharap pembinaan asrama ini akan dapat direa­lisasikan pada tahun hadapan dengan komitmen dan bantuan daripada orang ramai,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Zarimi, maahad tahfiz yang beroperasi pada tahun lalu dengan 18 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan itu mempunyai 15 tenaga pengajar.

Katanya, kewujudan asrama berkenaan akan membolehkan maahad tahfiz berkenaan mene­rima kira-kira 60 pelajar dalam satu-satu masa.

Beliau berkata, meskipun baharu beroperasi, maahad tahfiz berkenaan telah berjaya mencapai kejayaan memberangsangkan apabila dua pelajarnya berjaya menjadi juara maj­lis Ujian Kelayakan Tilawah dan Hafazan al-Quran Tenaga Nasio­nal Berhad (TNB) Peringkat Nege­ri Pahang 2018 baru-baru ini.

“Kejayaan dua pelajar iaitu Muhammad Aqasya Zulkelfe dan Hafsah Mohd. Saiful itu sekali gus melayakkan dua pelajar tersebut mewakili Pahang pada maj­lis Ujian Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Zon Pantai Timur di Terengganu pada Ogos ini,” kataya.

Orang ramai dan mana-mana pihak yang ingin menghu­lurkan bantuan boleh menghu­bungi talian 019-9610849 atau menyalurkan sumbangan te­rus kepada akaun Maybank (556057511595) ataupun CIMB (8602558450) di bawah nama Akademi Al Istiqamah.