Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, majoriti pengunjung MSAM 2017 yang diadakan di Dataran Termerloh, di sini terdiri dalam kalangan pelajar sekolah kebangsaan dan menegah bukan sahaja dari negeri ini malah datang seluruh negara.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh Jaya di sini, Samsudin Surat berkata, program berkenaan menanam sikap menabung dan pengurusan wang secara bijak di peringkat awal.

"Sebanyak 120 pelajar dibawa ke MSAM 2017 melawat ke setiap tapak pameran yang  memudahkan mereka memahami dan menerima pendidikan kewangan dengan baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan Lima SMK Temerloh Jaya, Nurul Shazlin Aiman berkata, MSAM 2017 menyediakan pelbagai aktiviti menarik bersesuaian dengan usia mereka.

"Program ini berbaloi kerana membuka minda pelajar untuk melabur sejak awal," katanya. - UTUSAN ONLINE