Yang Dipertuanya, Datuk Fadzilla Salleh berkata, tiga perkara diberikan keutamaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

Beliau berkata, ia adalah sistem perparitan, keadaan pokok-pokok dan persiapan kemudahan di pusat pemindahan sementara banjir di bawah seliaan MPK.

“Dalam pada itu, kerja menyelenggara longkang turut dilaksanakan oleh MPK di daerah ini.

“Kita melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ini supaya tidak timbul isu banjir kilat sekiranya hujan lebat,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Sayangi Pantai Kita anjuran Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar dan Kesedaran Awam, MPK dan Petron Malaysia di Pusat Rekreasi Air, Pantai Balok di sini semalam.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Abd. Rahim Muda.

Fadzilla berkata, PBT berke­naan turut melakukan gotong-royong membersihkan rumput dan sampah sarap di dalam longkang bagi mengelakkan masalah tersumbat.