Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, konvensyen itu diadakan di Hotel Ramada Plaza, Melaka pada 1 dan 2 Ogos lalu.

Jelasnya, dua anugerah yang dimenangi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu diperoleh oleh Kumpulan Pelangi Kasih dan Kumpulan Gear Mach.

“Sebanyak 77 kumpulan menyertai konvensyen itu dan MPK menghantar dua kumpulan.

“Kumpulan Pelangi Kasih terdiri daripada sembilan ahli hasil gabungan Bahagian Pembangunan Lestari, Jabatan Peranca­ngan Pembangunan MPK dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, kemenangan diperoleh menerusi tajuk Projek Kegagalan Bantuan Pembangunan Ekonomi Golongan Miskin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Izad Zainal berkata, Kumpulan Gear Mach pula terdiri dari 10 orang kakitangan Bahagian Mekanikal dan Pengangkutan, Jabatan Kejuruteraan MPK .

Menurutnya, kemenangan anugerah emas kumpulan berkenaan adalah menerusi tajuk Kesukaran Kerja-Kerja Menyelenggara Kenderaan Di Luar Depoh.