Murid prasekolah terlibat menerima sumbangan beg itu ialah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Berchang, SK Telang, SK Tanjung Gahai, SK Kuala Medang, SK Wan Ibrahim, SK Benta dan SK Budu.

Ahli MDL, Wan Normarina Wan Kamarudzaman berkata, sumbangan berkenaan merupakan kerjasama ahli Kelab Sukan dan Kebajikan MDL (Kesukma) itu bagi merangsang murid prasekolah supaya belajar bersungguh-sungguh di samping menghargai peranan sekolah dan guru dalam usaha menjayakan misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Katanya, sumbangan itu juga sebagai tanda keprihatinan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, kakitangan pentadbirannya dan Kesukma bagi membantu meringankan beban murid terpilih menerimanya.

“Usaha kami untuk merangsang minat murid supaya seronok ke sekolah,” katanya selepas menyampaikan sumbangan beg berkenaan di SK Wan Ibrahim, baru-baru ini.

Yang turut hadir Presiden Kesuk­ma, Mohd. Pauzi Abu Hussaini.

Menurutnya, program kebajikan murid prasekolah itu secara tidak langsung dapat mengeratkan MDL dengan Pejabat Pendidikan Lipis dan pentadbir serta guru sekolah terlibat.

Sementara itu, seorang guru prasekolah SK Wan Ibrahim, Nor Hafizah Mohd. Zainal berkata, pihaknya berterima kasih kepada ahli MDL yang berkunjung ke sekolah berkenaan dan menghulurkan sumbangan tersebut.

Katanya, sumbangan itu dapat menyuntik semangat murid untuk belajar dan meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.