Program itu membabitkan seramai 10 kakitangan MDL dan dibantu oleh 33 guru SK Pos Sen­derut.

Antara pokok bunga dan teduhan yang ditanam ialah bayam merah, kelat paya, jand kaya, ficus, bunga kertas dan Palma.

Setiausaha MDL, Mohd. Pauzi Abu Hussaini berkata, program itu bertujuan menceriakan persekitaran sekolah bagi merangsang minat dan keselesaan murid mengikuti pelajaran setiap hari.

“Kegiatan sosial ini juga berasaskan aspirasi Program Rakan Taman oleh Jabatan Landskap Negara iaitu meningkatkan tanaman pokok bunga di persekitaran kawasan perumahan, premis perniagaan dan pejabat kerajaan yang sudah dilaksanakan di kawasan bandar Kuala Lipis baru-baru ini.

“Kita melaksanakan tanggungjawab murni ini dengan membawa benih pokok bunga dan teduhan ke sekolah pedalaman untuk ditanam supaya dapat memberi pengetahuan kepada komuniti Orang Asli khususnya murid di sini mengenai kepen­tingan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran,” katanya.

Yang hadir sama, Guru Besar SK Pos Senderut, Lipis, Abd. Manaf Mat.

Mohd. Pauzi berkata, projek menceriakan persekitaran sekolah itu juga merupakan penghargaan kepada guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang bersungguh-sungguh membantu sehingga melakarkan banyak kejayaan anak Orang Asli dalam bidang akademik dan kokurikulum di daerah ini.

Sementara itu, Abd Manaf berkata, bantuan benih pokok bunga dan teduhan MDL adalah kerjasama pihak sekolah dengan agensi kerajaan di daerah ini untuk menjana program kebersihan dan keceriaan persekitaran sepanjang tahun.

“Progran Rakan Taman ini cukup signifikan kepada 515 orang murid Orang Asli di sini mengenali pelbagai spesies tumbuhan secara saintifik sekali gus memberi kesedaran mereka terhadap penjagaan persekitaran di kawasan kediaman dan sekolah,”ujarnya.