Kejayaan itu membolehkan MBFM Felda Lurah Bilut menerima wang tunai sebanyak RM7,000, geran bantuan aktiviti RM4,000 dan piala iringan.

Ketua MBFM Felda Lurah Bilut, Mohd. Izzudin Hamzah berkata, anugerah itu membakar semangat golongan muda di kawasan tanah rancangan berkenaan untuk terus menggerakkan pelbagai aktiviti pada masa akan datang.

“Kami terkejut dan tidak menyangka dapat memenangi tempat kedua memandangkan peserta lain dari seluruh negara juga hebat.

“Kami berazam untuk terus berusaha keras bagi mengekalkan kemenangan dan kalau boleh mendapat tempat pertama pada masa akan datang,”katanya pada majlis penyampaian Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) di Felda Lurah Bilut di sini hari ini.

Penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim dan disaksikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad. - UTUSAN ONLINE