Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 11.15 pagi ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusof Ali berkata, susulan penemuan mayat mangsa, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Trengku Ampuan Afzan (HTAA)  untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya di sini hari ini.


Mohd. Danish dilaporkan terjatuh ketika sedang memancing bersama beberapa rakannya di sungai berkenaan. - UTUSAN ONLINE