Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, buruh binaan yang berusia dalam lingkungan 30-an tersebut meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya sedang berbual di luar sebuah pub di Jalan Haji Ahmad.

"Ketika sedang berbual, mereka dihampiri dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dan pisau. 

"Salah seorang suspek menikam mangsa dengan pisau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE