Atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan, pelbagai sumbangan yang disalurkan sama ada besar atau kecil nilainya namun cukup berharga kepada etnik berkenaan.

Antara yang menghulurkan sumbangan adalah Masjid Tanjung Api, di sini sebanyak RM734.45 untuk disalurkan kepada masyarakat Rohingya yang ditindas.

Bendahari masjid itu, Harun Yahya berkata, sumbangan berkenaan mungkin tidak besar nilai­nya tetapi perkara yang lebih penting adalah kesungguhan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Usaha ini juga membuktikan bahawa banyak pihak mengambil berat tentang nasib mereka malah sanggup bangun menolak kekejaman kerajaan Myanmar terhadap mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumba­ngan itu di masjid berkenaan semalam.

Sumbangan itu disampaikan kepada Jawatankuasa Yayasan Amal Pahang, Zainal Abidin Mohamad.

Sementara itu, Zainal berharap pihak-pihak yang ingin menderma kepada masyarakat Ro­hingya menyampaikan sumbangan berke­naan melalui saluran betul agar tidak disalahgunakan.

“Kita juga tidak mahu ada pihak tidak bertanggungjawab me­ngam­bil kesempatan memu­ngut derma menggunakan nama tabung Rohingya, tetapi tidak menyalurkan sumbangan diterima kepada pihak yang berhak.

“Sebelum membuat sumba­ngan atau derma, periksa dahulu kesahihan individu atau syarikat yang membuat kutipan tersebut bagi mengelak masalah ditipu dan lain-lain,” ujarnya.