Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, selain tujuh buah rumah, ribut yang melanda turut menjejaskan sebuah koperasi dan sebuah bilik Gerakan Persatuan Wanita (GPW).

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, bantuan kewangan dihulurkan bagi membantu mangsa yang terjejas akibat ribut tersebut.

Katanya, bantuan segera itu diharap dapat membantu mangsa dengan meringankan beban untuk membaiki rumah yang rosak.

“Bantuan susulan akan cuba disampaikan melalui perbinca­ngan saya bersama pengurusan Felda tidak lama lagi,” katanya ketika melawat rumah yang terjejas akibat kejadian berkenaan kelmarin.

Sementara itu, seorang pene­rima bantuan, Nur Saidah Nafisah Samah, 30, menganggap bantuan yang diberikan itu cukup bermakna bagi diri dan keluarganya kerana dapat membaiki atap yang diterbangkan angin.

Katanya, ribut berkenaan berlaku secara tiba-tiba kerana ketika itu keadaan hujan renyai sebelum angin tiba-tiba bertiup dengan kencang.

“Kami sekeluarga tidak berani keluar dari rumah walaupun mendengar bunyi bising seperti atap tercabut. Saya bagaimanapun bersyukur kerana tiada yang cedera dalam kejadian itu,” katanya.