Selain itu, empat keluarga yang turut terjejas selepas rumah mereka rosak akibat kejadian kebakaran itu turut menerima sumbangan.

Sumbangan hasil kutipan orang ramai berjumlah RM122,180 itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack kepada keluarga terbabit baru-baru ini.

Tack berkata, bantuan berke­naan diberikan kepada mangsa terbabit bagi meringankan beban mereka.

“Bagi waris kepada mangsa yang meninggal dunia, mereka menerima bantuan RM31,220 dan empat mangsa yang rumah musnah sepenuhnya menerima RM21,220 manakala empat lagi mangsa menerima RM1,520.

“Saya berterima kepada ma­syarakat yang membantu. ini membuktikan tidak kira kaum, agama mahupun fahaman politik, apabila melibatkan bencana dan kesusahan, rakyat akan prihatin serta tampil memberi bantuan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman; ADUN Bilut, Lee Chin Chen dan Pegawai Daerah Bentong, Datuk Azhar Arshad.

Menurut Tack, bantuan itu hasil sumbangan rakyat selepas kejadian berkenaan dihebahkan melalui laman sesawang dan media sosial di samping mewujudkan akaun bank untuk memudahkan rak­yat untuk menderma.

“Kita berharap semua mang­sa khususnya waris yang kehi­langan ahli keluarga dapat bersabar dan reda dengan apa yang berlaku selain tidak berputus asa,” katanya.