Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 22 tahun mandi di air terjun berkenaan bersama beberapa rakannya.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bentong Zulkhairi Adek Awang berkata, pihaknya ke tempat kejadian bersama pasukan penyelam skuba sejurus selepas menerima maklumat.

“Agensi penyelamat sedang berusaha untuk naik ke lokasi memandangkan keadaan jalan untuk ke sana teruk berikutan hujan pagi ini.

“Pejabat Parlimen Bentong dan kelab-kelab pacuan empat roda Daerah Bentong juga turun membantu agensi penyelamat bagi melancarkan operasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE