Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu berlaku ketika Hassan Basri Ahmad Sutan Modo, 55, dalam perjalanan ke rumahnya selepas selesai berniaga.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal mendapati, kejadian tembak berkenaan didalangi oleh lima lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira.

"Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai berniaga dengan menaiki Toyota Hilux sebelum tiba-tiba ditembak.

"Mangsa yang cedera menerima rawatan di Klinik Kesihatan Koyan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE