Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof. Datuk Dr. Mashitah Mohd. Yusof berkata, penganjuran karnival tersebut sebagai hebahan kepada orang ramai tentang kemasukan ke institusi pendidikan tinggi di seluruh negara bagi sesi kemasukan 2018/2019.

Kata beliau, ia merupakan platform yang memberi kemudahan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklumat tentang program akademik yang ditawarkan.

“Pengunjung diberi taklimat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembia­yaan bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf di peringkat pe­ngajian program asasi, diploma, ijazah pertama di universiti awam dan swasta serta sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Turut diadakan sesi per­kongsian pengalaman bersama jurutera Malaysia yang melakar sejarah dalam pembinaan Menara Jam Abraj Al-Bait di Mekah, Datuk Wan Nazri Wan Aria dalam Sesi Bual Bi­cara,” katanya selepas perasmian karnival tersebut yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.