ZUHAIRI AB. KADIR
ZUHAIRI AB. KADIR 

Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, Peka bagaimanapun tidak meletakkan sasaran berapa ramai warga asing akan menyertai program kebajikan berkenaan.

Menurutnya, Peka sentiasa mengalu-alukan warga asing sama ada yang telah lama berada di negara ini atau yang baharu menjejakkan kaki ke sini untuk berdaftar di bawah program itu.

“Warga asing terutamanya yang baharu menjejakkan kaki ke negara ini tidak perlu khuatir tentang isu kebajikan kerana menerusi program Peka, mereka akan mendapat khidmat guaman percuma selain tiap-tiap aduan penganiayaan akan Peka laporkan supaya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Lebih penting, warga asing terlibat dilindungi insurans bagi rawatan penyakit, kemalangan serta kematian. Masih ramai majikan yang tidak sedar betapa sukar menguruskan jenazah mereka jika berlaku kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, menerusi Program Kebajikan dan Khidmat Imigran Peka, majikan tidak perlu bimbang dan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos jika berlakunya kematian.

“Peka akan melakukan pengurusan jenazah termasuk urusan pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke negara asal kerana mereka memiliki pampasan kematian seperti yang dijamin insurans,” katanya.

Menurutnya, warga asing yang berminat dan memerlukan khidmat Peka boleh menghubungi talian 010-2999949 atau 010-2990909 bagi pertanyaan lanjut serta pendaftaran program berkenaan. - UTUSAN ONLINE