Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kuala Chini kembali jadi tumpuan

ABU BAKAR HARUN (duduk tengah) ditemani isteri, Razana Fatin (duduk kiri) bergambar bersama sebahagi
ABU BAKAR HARUN (duduk tengah) ditemani isteri, Razana Fatin (duduk kiri) bergambar bersama sebahagian peserta yang terlibat dalam Pesta Chini 2017 di Kuala Chini, Pekan, Pahang, semalam.

PEKAN 10 Sept. – Penganjuran Chini Fest 2017 yang berlangsung tiga hari di Kuala Sungai Chini, di sini merupakan strategi serampang dua mata untuk mempromosi dan ‘menghidupkan’ kembali kawasan berkenaan yang terletak kira-kira empat kilometer dari Tasik Chini sebagai lokasi tumpuan pelancongan.

Pengunjung yang menghadiri program berakhir hari ini anjuran Rangkaian Chini (M) Sdn. Bhd. (RCS) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara mereka, tetapi berpe­luang menyertai dan me­nyaksikan pelbagai acara serta aktiviti menarik yang disediakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, antara pengisian Chini Fest 2017 ialah demonstrasi masakan tradisional masyarakat setempat, persembahan kebuda­yaan, pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan, jualan serta per­sembahan artis jemputan.

“Festival ini turut dimeriahkan dengan pertandingan memancing di Sungai Pahang, sukaneka, sukan lasak melibatkan 150 kende­raan kenderaan pacuan empat roda (4x4) termasuk dari Singapura dan Thailand serta motocross.

“Dianggarkan 10,000 orang mengunjungi festival kali kedua ini yang kini dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Abu Bakar percaya penganjuran festival berkenaan dapat ‘menghidupkan’ kembali sekitar kawasan Kompleks Pelancongan Kuala Chini yang sebelum ini agak suram menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.

Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Pejabat Tanah dan Daerah supaya pengurusan kawasan tersebut diserahkan kepada RCS dengan memberi fokus menjadikannya kawasan pelancongan serta penganjuran tahunan acara sukan lasak 4x4 peringkat antarabangsa.

“Jika kita hendak memajukan sesuatu tempat, perlu ada aktiviti kerana kawasan ini berpotensi sebagai laluan antara Pekan ke Bera dan Chenor dan boleh ke Kuala Lumpur selain terletak berdekatan dengan Tasik Chini.

“Bangunan kompleks ini dulu terbiar dan kita sudah mengadakan perbincangan yang mana kerajaan negeri membantu membangunkannya semula dengan mengindahkannya serta memberi tumpuan khusus supaya lebih maju,” ujarnya.

Tambah beliau, menerusi rancangan kawasan khas Tasik Chini, kira-kira 80 hektar kawasan di situ akan dimajukan dengan pembangunan bercampur yang antaranya mempunyai rumah dan tempat riadah.

Katanya, Kuala Chini Super Camp juga diperkenalkan sebagai lokasi sukan lasak iaitu sebagai antara projek dalam rancangan khas tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain