Kembara sejauh 2,385 kilometer yang bermula pada 18 September lalu itu mengunjungi Pahang sebagai negeri keenam sebelum berlepas ke Kemaman, Terengganu.


Kembara dari Kuala Pahang menuju ke Terengganu itu dilepaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dengan disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Dzulkifli berkata, melalui program itu, SPRM mengambil kesempatan untuk menyebar luas mesej antirasuah menerusi platform Revolusi Anti Rasuah (Gerah) bagi mencetus perubahan agresif dan drastik dalam kalangan masyarakat Malaysia agar membenci perbuatan rasuah. - UTUSAN ONLINE