Tai Seong berkata, slogan itu dilihat bertepatan kerana isu komuniti sangat luas dan bermula daripada perkara asas yang gagal ditangani pembangkang sebelum ini.

“Melalui 10 janji dan komitmen yang diga­riskan, saya melihat perkara yang realistik untuk ditunaikan kerana mudah dilaksanakan.

“Saya optimis mahu membangunkan semula kawasan Semambu de­ngan memberi fokus kepada perkara asas yang sering membe­lenggu penduduk,” katanya di sini baru-baru ini.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota itu merupakan antara calon muka baharu diketengahkan BN untuk bertanding di kerusi DUN Semambu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berdepan calon PKR, Lee Chean Chun yang juga pe­nyandang kerusi itu dan wakil Pas, Mohd. Yusof Hashim.

Menurut Tai Seong, jika terpilih sebagai wa­kil rakyat DUN Semambu, beliau juga berjanji untuk terus memberi perkhidmatan ikhlas seperti diharapkan rakyat terutama aspek kebajikan mereka.