Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, pihaknya bagaimanapun hanya membenarkan operasi di kompleks itu berjalan seperti biasa jika pengurusan bangunan dapat membersihkan sisa runtuhan di kawasan meletak kenderaan pada bahagian belakang bangunan berkenaan.

“Kita sudah melakukan pemeriksaan awal dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan memberi kebenaran kepada peniaga beroperasi semula esok jika pengurusan bangunan boleh membersihkan sisa runtuhan hari ini.

“Selain itu, kita berharap pengurusan bangunan dapat mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi tujuan keselamatan semua pihak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Badan Pengurusan Bangunan Kompleks Teruntum, Mohd. Zaid Harun berkata, pihaknya sedia maklum dengan arahan tersebut dan akan memenuhi syarat ditetapkan.

“Kami juga diarahkan menutup semua pintu masuk yang ada di bahagian belakang kompleks ini, termasuk kawasan letak kereta. Hanya pintu masuk utama dibuka,” katanya sambil memaklumkan hanya 60 peratus daripada 60 lot perniagaan di situ beroperasi sejak Januari 1980.- UTUSAN ONLINE