Pemangku Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, seramai 281 calon cemerlang mendapat A dalam semua mata pelajaran dan 16,671 orang layak mendapat sijil berbanding 2016 iaitu meningkat sebanyak 0.63 peratus.

"Pada keseluruhannya, pencapaian sekolah yang mendapat 100 peratus layak mendapat sijil adalah sebanyak 45 buah sekolah.

"Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.99 sekali gus menjadi institusi terbaik di negeri ini.

"Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di sini pula mendapat GPS 2.00 dengan 16 pelajar mendapat semua A," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr. Zulkifle Ali. - UTUSAN ONLINE