Program yang bertemakan ‘Wira Alam: Tiada Plan B’ itu merupakan anjuran kali ketujuh Alam Flora dengan pemilihan peserta dibuat secara saringan.

Sepanjang tiga hari program itu berlangsung, peserta diberi pendedahan mengenai amalan 3R (kurangkan, kitar semula, guna semula) dan cara mengurus sampah dengan betul.

Peserta juga diberi peluang untuk menikmati keindahan alam sekitar di kawasan Tanah Aina Fahad dengan melakukan aktiviti seperti explorace, paintball dan jelajah hutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, objektif utama penganjuran program bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

Menurut beliau, inisiatif yang dilakukan pihaknya ini merupakan satu usaha untuk menghadkan impak negatif terhadap alam sekitar yang sering berlaku.

“Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menyedarkan anak-anak muda bahawa penting untuk mereka mengamalkan kitar semula bagi mengurangkan pencemaran.

“Pendidikan dan kesedaran awal adalah amat penting bagi memastikan setiap individu bersama-sama berganding bahu menjalankan tanggungjawab memulihara alam sekitar,” ujar­nya.