AZLAN MD. YAMAN

Yang Dipertua MPT, Datuk Azlan Mohd. Yaman berkata, ke­semua tapak berkenaan disewakan dengan kadar bayaran antara RM170 hingga RM220 berdasarkan kepada lokasi.

“MPT tidak dapat menyediakan tapak yang mencukupi kepada semua pemohon, jadi peniaga hendaklah menghargai tapak yang diberikan dan tidak menjual kepada pihak lain.

“Jika didapati menjual tapak kepada pihak lain permit akan ditarik balik dan petak akan ditawarkan kepada peniaga lain,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Azlan, lapan lokasi bazar MPT pada kali ini adalah di Lurah Semantan, Bukit Desa Semantan, Taman Temerloh Jaya, Kuala Krau, Mentakab, Lanchang, Batu 5 Simpang Kemasul dan Dataran Sri Ketumbit.

Katanya, jumlah tapak yang paling banyak ialah di Lurah Semantan iaitu 270 tapak diikuti Bukit Desa Semantan sebanyak 150 tapak dan Taman Temerloh Jaya sebanyak 85 tapak.

Dalam pada itu, beliau me­minta semua peniaga menguta­makan kebersihan tapak yang mana MPT sendiri membelanjakan hampir RM50,000 bagi me­laksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyediaan tapak.

Tambah beliau, pihaknya juga berharap semua peniaga akan mengutamakan kebersihan dan memastikan semua makanan dijual berada dalam keadaan bersih dan baik.

“Makanan hendaklah sentiasa bertutup dan tidak dihurungi lalat dan MPT juga menggalakkan supaya peniaga yang menjual air minumam menggunakan air yang telah dimasak atau air bertapis,” ujarnya.