Dia yang mengusahakan ke­­­dai makanan di tanah rancangan itu sejak 40 tahun lalu memasang Jalur Gemilang itu untuk meme­riahkan bulan kemerdekaan yang disambut oleh pelbagai kaum.

Md. Hashim yang berasal dari Taiping, Perak berkata, dia berbe­lanja sebanyak RM300 menyediakan Jalur Gemilang pelbagai saiz untuk dipasang di depan rumah dan membuat dekorasi ruang khas dipremisnya.

“Tradisi ini saya lakukan sejak muda lagi ketika menyertai Felda di sini sebagai peneroka pada 1975 dan sememangnya Jalur Gemilang serta sambutan kemerdekaan negara ini sudah menjadi sinonim dalam hidup.

“Penghayatan terhadap sam­butan bulan kemerdekaan dan kibaran Jalur Gemilang sebagai tanda syukur, berterima kasih kepada negarawan, iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang mencetuskan idea pembukaan rancangan Felda sehingga legasinya diterus­kan oleh Datuk Seri Najib,” kata­nya di sini kelmarin.

Menurut Hashim, isterinya, Sharipah Kassim, 63, turut sama menghayati sambutan pada 31 Ogos dengan menerapkan nilai jati diri dan patriotisme menerusi didikan ketika membesarkan tujuh anak yang kini bekerja di sektor kerajaan.

Dia berkata, usaha memasang Jalur Gemilang di depan premis semata-mata untuk menitip semangat jati diri dan patriotisme dalam kalangan belia dan pelajar di Felda berkenaan.

Sementara itu, anak bongsunya, Shahima Lisa, 23, berkata, kecenderungan bapanya me­ngibarkan bendera bermula sejak menyertai rancangan Felda di situ.

“Apabila menjelang 31 Ogos, bapa mulalah sibuk berbelanja membeli bendera dan mengajak kami memasang di sekitar premis ini,” katanya.

Siswazah Ijazah Pentadbiran Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, dia sangat kagum dengan semangat patriotisme bapanya yang sangat teruja dengan negarawan, Tun Abdul Razak dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya, penghayatan bapanya terhadap sambutan 31 Ogos setiap tahun turut memberi perangsang kepada jirannya untuk turut serta memasang Jalur Gemilang.