Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guru berpakaian arab, koboi warnai Hari Guru

MURIDmurid bersama 11 guru yang mengenakan pakaian ala arab dan
MURID murid bersama 11 guru yang mengenakan pakaian ala arab dan koboi sempena Sambutan Hari Guru di SK Sungai Isap Murni, Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 17 Mei – Gelagat 11 guru yang mengenakan pakaian ala arab dan koboi seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok mewarnai Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap Murni di sini semalam.

Lebih menarik, beberapa babak turut dilakonkan semula oleh guru sekolah itu seperti aksi me­ngayuh basikal dan diikuti beberapa penyamun untuk ke gua berjaya mencuit dan menghiburkan warga sekolah terbabit.

Malah, dapat dilihat murid turut menghafal dialog membaca mantera untuk membuka pintu gua seperti yang dilakonkan oleh seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Guru Besar sekolah itu, Siti Hajar Hashim berkata, tema filem itu dipilih bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid supaya mereka lebih krea­tif dan menonjolkan keyakinan diri tanpa ada perasaan takut serta malu.

Menurutnya, dalam filem itu ada mempamerkan keberanian watak Ali Baba yang jujur sehingga mendapat kepercayaan ketua penyamun.

“Nilai-nilai ini adalah salah satu kaedah pembelajaran abab ke-21 yang menuntut murid supaya berfikir di luar kotak dan disebabkan itu, filem lama yang dihasilkan P. Ramlee ditonjolkan pada sambutan kali ini.

“Kita percaya nilai yang ada dalam filem ini boleh diaplikasikan kepada murid terutama dalam aktiviti berkumpulan. Kita sebolehnya mahu lahirkan murid yang serba boleh dan tidak takut untuk menonjol diri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Siti Hajar berkata, semangat dan nilai yang terdapat dalam filem itu sepatutnya diterokai terutamanya dalam bidang seni yang tidak boleh dipandang dari satu sudut sahaja.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain