Titah baginda, penekanan terhadap nilai-nilai tersebut membawa impak lebih besar kepada pembangunan modal insan.

“Manusia yang mesti kita ba­ngunkan hari ini adalah yang tidak melupakan Allah SWT dan tidak terpesona dengan keindahan dunia.

“Ilmuwan yang kita ingin lahirkan adalah yang sentiasa mengingati Allah SWT walau di mana sahaja mereka berada dan tidak bernafsu untuk menguasai dunia demi kepentingan diri sendiri,” titah baginda pada Maj­lis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Hafazan al-Quran Maahad Tahfiz negeri di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini hari ini.

Majlis itu bertujuan me­nyam­paikan anugerah kecemerla­ngan kepada pelajar MTNP yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran bagi tahun persekolahan semasa.

Penganjurannya juga bagi menghargai pelajar-pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah berharap kalangan ibu bapa terus menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tahfiz bagi melahirkan generasi muda yang hafaz al-Quran.