Perlawanan di Planet Futsal Semambu itu juga bagi menyahut seruan membudayakan gaya hidup sihat yang diatur sempena kedatangan mereka ke daerah ini untuk mengikuti bengkel pengurusan di Beserah.

Urusetia program, Zull Fiqry Azme Abdullah berkata, aktiviti sukan dan riadah merupakan pendekatan terbaik bagi merapatkan hubungan dengan anggota masyarakat tanpa mengira di mana mereka berada.

“Ketika beriadah, kita dapat memupuk semangat perpaduan dan pada masa sama membentuk semangat kerjasama yang tinggi dalam satu pasukan.

“Dalam perlawanan persahabatan seperti ini, bukan keputusan yang menjadi ukuran tetapi semangat kerjasama dan muhibah lebih penting,” katanya di sini.

Zull Fiqry Azme berkata, pihaknya juga sentiasa menitikberatkan aspek kecergasan de­ngan menjadikan sukan sebagai amalan dan budaya ke arah gaya hidup sihat secara berterusan.

Sebab itu, katanya, perlawanan persahabatan itu diadakan dengan kerjasama salah seorang pemain Mosquito FC, Muhd. Niezawardi Mat Ghani yang me­rupakan rakan sekolahnya semasa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Guling di Marang, Terengganu.