Pengarah Kanan Industri Asas Tani FAMA, Che Ghani Che Wan berkata, sasaran berkenaan mampu dicapai berdasarkan kepada sambutan masyarakat dan penyertaan usahawan industri kecil dan sederhana yang bertambah kepada 745 orang berbanding 700 orang pada tahun lalu.

“Seperti tahun lalu, kali ini kita menyediakan sebanyak 49 lokasi di seluruh negara termasuk enam lokasi di Pahang bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk secara langsung sempena Aidilfitri.

“Kita percaya dengan sambutan yang menggalakkan nilai jualan pada kali ini mampu ditingkatkan sekali gus membantu peniaga memasarkan produk mereka dengan berkesan,” katanya dalam sidang akhbar majlis pelancaran Bazar Industri Asas Tani Aidilfitri FAMA di Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh di sini, semalam.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir dan Pengarah FAMA negeri, Rosli Auda.

Menurut Che Ghani, Bazar IAT Aidilfitri yang mula dilaksanakan pada 2011 amat signifikan dalam membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka secara terus kepada pelanggan.