Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, antara faedah tersebut ialah masa perjalanan yang singkat, tidak perlu melalui kesesakan trafik, kadar kemalangan rendah dan peluang pekerjaan serta peningkatan pendapatan.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata, selain itu, pelaksanaan projek berimpak tinggi itu membantu pembangunan pesat bandar sedia ada dan pertumbuhan bandar-bandar baharu.

“Semua pembangunan ini dijangka mempunyai kesan berganda kepada ekonomi negeri-negeri Pantai Timur khususnya dan negara amnya.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri-negeri ini dijangka bertambah sebanyak 1.5 peratus dengan pelaksanaan projek ECRL,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada masjis pecah tanah projek ECRL yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kotasas di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE