Akibat penyakit itu, Saifullah yang masih bujang dan tinggal bersama keluarganya di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kampung Merapoh dekat sini tidak boleh bertutur tetapi faham setiap pertanyaan berhubung dirinya.

Agak menghairankan, keluar­ganya memberitahu, sehingga ki­ni penyakit ganjil Saifullah belum dapat dikesan selepas membuat pemeriksaan di Hospital Lipis, Hospital Sultan Ahmad Shah (Hosas), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan Hospital Gua Musang serta Hospital Kuala Krai di Kelantan.

Menurut ibunya, Rokiah Mohamed, sebelum menghidap pe­nyakit ganjil tersebut, anaknya kerap kali mengalami demam sehingga keadaannya bertambah teruk dan terpaksa berhenti kerja lalu pulang ke kampung.

“Sehingga kini, dia sudah dua tahun terlantar menderita pe­nyakit kaku dan kejang pada tubuh badannya dan tidak mampu bercakap, cuma hanya faham perbualan kami.

“Kami masih berikhtiar me­ngubatinya walaupun dalam ke­adaan susah dan berharap ada pihak sanggup tampil membantu memulihkan kesihatannya,” kata­nya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long di Kampung Merapoh, baru-baru-baru ini.

Rokiah berkata, perbelanjaan makan dan minum serta perubatan anaknya itu diuruskan keluarganya, namun sejak akhir-akhir ini mereka tidak mampu berbuat demikian kerana kesihatannya dan suami, Mat Dilu Idris yang juga bapa tiri Saifullah kerap terganggu.

“Namun, saya berterima ka­sih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut memberi bantuan bulanan seba­nyak RM250 untuk Saifullah sejak September 2015 dan dapatlah kami berbelanja untuk keperluannya,” katanya.

Sementara, itu, Mustapa ber­kata, beliau akan terus memantau keadaan penyakit Saifullah dan memberi bantuan keperluan ha­rian di samping memohon supaya ada pihak merawat pende­ritaan pemuda tersebut.

“Kita yakin pihak hospital dapat mengesan penyakit pemuda ini dan saya juga sedang berusaha mencari rawatan alternatif seperti perubatan Islam untuk memulih­kan komplikasi kaku dan kejang pada tubuhnya,” katanya.