Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bicara Mufti kupas 
isu pelampau agama

Yunan Abdul Samad 3
Yunan Abdul Samad

MARAN 11 Mei – Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) negeri sedang giat mempromosikan kemanisan prinsip wasatiyyah bagi mengelakkan umat Islam terjerumus ke kancah salah tafsir jihad dan menjadi pelampau agama.

Pengerusinya, Yunan Abdul Samad berkata, prinsip kesederhanaan dalam kehidupan umat Islam menjadi benteng kepada fahamam ekstrem seperti yang menjadi amalan dalam kumpulan militan Daesh.

Katanya, antara usaha yang dilakukan dalam menangani pengaruh ekstremis adalah pihaknya bersama Madrasah Raudah Al-Muhibbin menganjurkan program Bicara Mufti di Seberang Chenor, dekat sini Sabtu ini.

“Program ini menampilkan dua tokoh iaitu Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang membicarakan Siapakah Ahli Sunnah Al Jamaah.

“Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terro­rism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang berpengalaman dalam mem­-
banteras gerakan keganasan pula membicarakan tajuk Apakah Akidah Daesh,” katanya di sini hari ini.

Yunan berkata, dalam program Bicara Mufti bermula pada pukul 8.30 pagi itu akan diisikan pelbagai aktiviti termasuk tahlil perdana, pertandingan azan, kuiz agama, mewarna kanak-kanak dan sukan memanah terbuka kepada orang ramai.

Beliau berharap orang ramai mengambil peluang berkenaan untuk mendengar sendiri tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengganas Daesh dengan menghadiri program tersebut.

“Kedua-dua tokoh yang dijemput akan mengupas secara terperinci tentang fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kumpulan Daesh yang meresahkan dunia,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain