MUHAMMAD SHAHID ISMAIL

Yang Dipertuanya, Datuk Muhammad Shahid Ismail berkata, sehubungan itu, MPB menjalinkan kerjasama de­ngan kerajaan bersama agensi pelaksana, GreenTech Malaysia untuk membangunkan rangka kerja Bandar Rendah Karbon yang dikenali sebagai Low Carbon Cities Framework (LCCF).

“Projek tersebut telah dimulakan yang mana kita sedang membuat kajian untuk memilih pokok yang mempunyai keupayaan menyerap banyak karbon. Saya menjangkakan kita akan mula menanamnya pada tahun ini.

“Perbandaran Karbon di daerah ini merupakan antara agenda yang perlu diberi perhatian bukan sahaja di peringkat nasional malah komuniti kerana konsep yang kita adakan dilihat pemangkin untuk mengoptimumkan kesan penurunan karbon,” katanya di sini hari ini.

Menurut Muhammad Shahid, rangka kerja berkenaan menjadi garis panduan khas terutama dalam membangunkan sistem bandar yang terancang.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembangunan pesat daerah ini menarik ramai pelabur luar membeli tanah-tanah di sini untuk dibangunkan menjadi kawasan ekonomi atau pelancongan.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan terus menyokong usaha membangunkan Bentong dari semasa ke semasa.

“Kita akan memastikan pembangunan Bentong terus me­lonjak tetapi pada masa sama mempunyai kualiti hidup yang baik dan bebas daripada pencemaran,” katanya.