Kejadian pukul 10.30 pagi itu disedari penjaga tandas di pantai peranginan tersebut berikutan terdengar bunyi tangisan bayi berkenaan yang hanya dibalut dengan kain tuala.

Peniaga gerai makan yang hanya mahu dikenali sebagai Ruzlan, 42, berkata, dia menge­tahui kejadian penemuan bayi itu setelah dimaklumkan oleh penjaga tandas terbabit.

“Penjaga tandas itu memaklumkan kepada saya dia terde­ngar bunyi tangisan bayi yang pada mulanya disangka anak kucing sebelum menyedari ada kotak di tepi surau wanita.

“Apabila membuka kotak itu, penjaga tandas tersebut terkejut melihat seorang bayi diba­lut dengan tuala biru, lalu dia bergegas memberitahu saya,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusof Ali ketika dihubungi berkata, pemeriksaan mendapati tali pusat bayi lelaki berkenaan sudah dipotong dan dianggarkan berusia sehari.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang meninggalkan bayi ber­kenaan,” katanya.