Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bantu keluarga susah

Muip jayakan Program Ziarah Mahabbah

AHMAD RAZIF (kanan) menyampaikan bantuan makanan kepada Muslizayana
AHMAD RAZIF (kanan) menyampaikan bantuan makanan kepada Muslizayana Hamid sambil diperhatikan oleh Mohd. Akmal Abdul Manab (tengah) dalam Program Ziarah Mahabbah di Kampung Kuala Kechau, Lipis, Pahang, baru-baru ini. UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

LIPIS 2 Mac - Islam menggalakkan umat­nya membantu golongan kurang berkemampuan termasuk mereka yang ditimpa musibah agar beban yang ditanggung dapat dikurangkan.

Berikutan itu, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) yang prihatin dengan kesusahan ditanggung tiga buah keluarga di Kampung Kuala Kechau, di sini menghulurkan sumbangan berupa barangan makanan menerusi Program Ziarah Mahabbah baru-baru ini.

Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Muip daerah, Ahmad Razif berkata, program itu antara pendekatan untuk menzahirkan keprihatinan terhadap golongan memerlukan bantuan dengan menyampaikan sumbangan makanan bagi meringankan beban mereka.

“Keluarga yang dipilih ini adalah dalam kalangan penduduk susah, mempunyai pendapatan tidak menentu, tanggungan ramai dan warga emas lebih-lebih lagi mereka juga terlibat dengan musibah banjir Januari lepas.

“Muip memperoleh maklumat daripada pihak pengurusan masjid kampung ini tentang latar belakang mereka,” katanya selepas program berkenaan.

Yang hadir sama Imam Masjid Sultan Mahmud, Lipis, Mohd. ­Akmal Abdul Manab dan Pengerusi Masjid Kampung Kuala Kechau, Ahmad Marzuki.

Sementara itu seorang pe­nerima bantuan, Muslizayana Hamid, 38, berterima kasih kepada Muip dan pengurusan Masjid Kuala Kechau kerana prihatin dengan kesusahan keluarganya yang kini dalam tempoh pemulihan selepas banjir.

Katanya, pelaksanaan Program Ziarah Mahabbah Muip dan keprihatinan pengurusan masjid tersebut secara langsung dapat mengeratkan hubungan antara mereka selain dapat menyelami kesusahan penduduk secara lebih dekat.

“Saya melakukan pelbagai kerja di kampung ini dengan upah rendah dan tidak mencukupi untuk menampung belanja dapur serta persekolahan anak-anak. Syukur kerana sumbangan ini dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Akmal berkata, program itu menterjemahkan sikap tolong-menolong dan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira agama serta kepercayaan.

Katanya, Muip dan pengurusan masjid di daerah ini sentiasa berganding bahu untuk turun padang menghulurkan bantuan selain melaksanakan usaha dakwah Islamiah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain