Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

APM bantu 3,000 pengguna jalan raya

Liow Tiong Lai (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan
Liow Tiong Lai (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan APM kepada Wartawan Sinar Harian, Aiman Sadiq Abdullah (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Zainal Yusof (kiri) dan Zulkhairi Adek Awang dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri APM Bentong di Bentong, baru-baru ini.

BENTONG 17 Julai – Pelaksanaan Op Bantu oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) amat signifikan apabila lebih 3,000 kes direkodkan dalam operasi itu di negeri ini sempena musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Pengarah APM negeri, Zainal Yusoff berkata, kebanyakan kes yang direkodkan dalam operasi kali ketujuh itu melibatkan kerosakan kenderaan termasuk tayar.

“Operasi ini dijalankan dua hari sebelum dan selepas Aidilfitri yang mana anggota APM setiap daerah melakukan rondaan secara syif di jalan raya utama.

“Berdasarkan kesan positif dan maklum balas diterima, kita meneruskan operasi ini tahun depan,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri APM Bentong, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Menteri Pe­ngangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua APM Bentong, Zulkhairi Adek Awang.

Pada majlis itu, APM turut me­nyampaikan anugerah penghargaan kepada petugas media yang membantu membuat laporan tentang aktiviti APM sepanjang tahun lalu.

Menurut Zainal, Op Bantu kali ini menyaksikan kes kerosakan kenderaan termasuk tayar pancit dan kehabisan minyak merekodkan jumlah tertinggi.

Selain itu, katanya, terdapat juga kes pokok tumbang yang memerlukan tindakan segera APM bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Kita memberikan bantuan secara percuma bagi membantu orang ramai termasuk membantu membeli minyak petrol dan me­nukar tayar kenderaan yang pancit,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain